Rekabentuk dan pembangunan Dassault_Mystère_IV

Pesawat Mystère IV merupakan satu hasil pembangunan evolusi ke atas pesawat Mystère II. Walaupun dari segi luarannya menyerupai pesawat sebelumnya, dari segi fakta Mystère IV adalah sebuah pesawat berbeza dengan peningkatan rekabentuk aerodinamik bagi memperbaiki penerbangan pada kelajuan supersonik. Prototaip pesawat ini telah membuat penerbangan sulung pada 28 September 1952, dan mula memasuki perkhidmatan pada bulan April 1953. Kumpulan pertama sebanyak 50 buah pesawat Mystere IVA dijanakuasa oleh enjin turbin jet Rolls-Royce Tay buatan Britain, manakala selebihnya menggunakan enjin Hispano-Suiza Verdon 350 versi buatan Perancis.